Rasulallah
bersabda," Barangsiapa yang mencintai Sunnahku maka, dia cinta kepadaku
dan barangsiapa cinta kepadaku maka, dia akan bersama-sama denganku di dalam
syurga,"
Kalimah Toyyibah
Arti kalimah Laa ila ha
illallah Muhammadur rasulullah adalah tiada tuhan selain Allah dan Muhammad
adalah utusan Allah. Apabila kita mengucapkan Kalimah ini dengan ikhlas dan
yakin terhadap kalimah ini, makankita telah membuat suatu perjanjian dengan
Allah Taala bahawa kita akan mematuhi segala perintahNya dan menjauhi segala
laranganNya. Laa ila ha illallah adalah kalimah "keyakinan". Hanya
dengan keyakinan yang betul maka Allah swt mengurniakan kepada hamba-hambaNya
syurga yang lebih besar dan luas daripada langit dan bumi.
1.Tujuan Kalimah Laa ila
ha illallah
Tujuan
kalimah ini adalah untuk memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati kita dan
mengeluarkan kebesaran makhluk dari hati kita. Untuk memasukkan kebesaran Allah
ke dalam hati, hendaknya kita yakin bahawa Allah sahajalah yang berkuasa atas
segala sesuatu yang dijadikanNya. Allah Taala dapat melakukan sesuatu tanpa
pertolongan makhluk sedangkan makhluk tidak dapat berbuat sesuatu tanpa izin
Allah swt.
Contohnya,
sifat api ialah panas tetapi ketika Raja Namrud melemparkan Nabi Ibrahim a.s ke
dalam timbunan api, api tersebut tidak dapat membakar tubuh Nabi Ibrahim
sedikitpun. Juga ketika Nabi Musa a.s beserta pengikutnya dikejar oleh Firaun
dan tenteranya, Nabi Musa a.s dapat melintasi Laut Merah dengan selamat, tetapi
laut yang sama juga Firaun dan tenteranya ditenggelamkan oleh Allah swt. Api
dan air dapat mendatangkan kebaikan dan juga kemudharatan. Semuanya tergantung
kepada Qudrat dan Iradat Allah swt. Maka, keyakinan yang mesti kita tanamkan
adalah bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.
Oleh sebab
itu, dalam kehidupan sehari-hari kita harus yakin bahawa rezeki itu berasal
dari Allah swt dan bukanlah dari wang gaji suami/isteri kita. Suami/isteri kita
hanyalah perantaraan asbab. Apabila sedang makan, kita harus meyakini bahawa
yang mengeyangkan perut kita adalah Allah swt, bukan makanan. Semua perbuatan
kita dapat terjadi dengan izin Allah swt. Apabila kita menjauhkan keyakinan
dari kekuasaan makhluk dan menumpukan keyakinan hanya kepada zat dan kekuasaan
Allah swt, maka Allah swt akan menundukkan makhluk untuk kita. Jadi, keyakinan
seperti inilah yang sedang kita usahakan agar masuk ke dalam hati kita kaun
keluarga kita dan ummat Rasulallah saw. Segala yang ada di dunia ini hanyalah
asbab belaka, sedngkan kita tidak boleh yakin dengan asbab.
Kelebihan kalimah Laa ila
ha illallah
Sabdaan Nabi saw
mafhumnya:
1. Dari Anas r.a berkata
bahawa Rasulallah saw bersabda." Tidak ada seorang pun yang mengucapkan
Laa ila ha illallah pada satu waktu pada malam hari ataupun siang hari,
melainkan dihapuskan keburukan-keburukannya (dosa-dosanya) dari buku catatan
amalnya sehingga keburukan itu digantikan dengan kebaikan."
2. Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulallah saw bersabda. " Demi dzat yang jiwaku ditanganNya, seandainya
langit dan bumi dan segala isinya serta segala yang ada di dalamnya diletakkan
di dalam sebuah timbangan(dacing) dan kalimah syahadah Laa ila ha illallah di
sebelah yang lain, maka akan lebih beratlah timbangan yang berisi kalimah
itu."
2. Tujuan Kalimah
Muhammadur rasulallah
Tujuan
kalimah Muhammadur rasulallah adalah supaya kita meyakini bahawa hanya cara
hidup Rasulallah saw yang akan membawa kita kepada kejayaan di dunia dan
akhirat. Cara hidup lain hanya akan membawa kita kepada kegagalan.
Kelebihan kalimah
Muhammadur rasulallah
Rasulallah
saw bersabda yang mafhumnya, " Orang yang berpegang teguh dengan sunnahku
pada zaman yang fasad ini, maka baginya mendapatkan pahala 100 orang mati
syahid."
Hanya
dengan mengikuti satu sunnah Rasulallah saw pada zaman yang telah rosak ini,
maka Allah swt akan memberi pahala yang demikian besar. Ini menunjukkan betapa
sayangnya Allah kepada hamba-hambanya.
Para
ulama berkata bahawa pada akhir zaman ini Allah swt lebih sayang 70 kali kepada
hamba-hambaNya daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Tetapi anehnya,
masih ramai manusia yang tidak mahu mengikuti sunnah Rasulallah saw dalam
kehidupan mereka. orang yang mengikuti sunnah Rasul, nanti di akhirat Allah
akan memandang mereka dengan pandangan rahmat. Satu sunnah lebih baik daripada
7 dunia dan 7 syurga. Jika kita dapat hidupkan satu sunnah Rasulallah saw, di
akhirat nanti Rasulallah saw akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kita
minum dari telaga Kauthar dengan tangan baginda sendiri. Mereka yang mengikuti
sunnah Rasulallah saw akan mendapat 4 ganjaran di dunia dan 4 ganjaran di
akhirat.
4 ganjaran di dunia
ialah:
·
dia akan disayangi orang
·
dia akan ditakuti musuh
·
hidupnya akan diberkati
·
agamanya tidak akan dicemari dalam kehidupannya
4 ganjaran di akhirat
pula ialah:
·
Rasulallah saw akan dapat mengenalinya
·
Rasulallah saw akan memohanlkan syafaat untuknya
·
Di dalam kubur dia dapat mengenali Rasulallah saw
·
Dia akan berjiran dengan Rasulallah saw di syurga
Cara mendapatkan hakikat
kalimah toyyibah ini
Kita
perlu memperbanyakkan berkata tentang kebesaran Allah swt dan mendakwahkan
kalimah ini kepada anak-anak,saudara mara,rakan taulan dan sesiapa sahaja. Pada
malam hari pula kita memohon kepada Allah swt supaya Allah swt memberikan kita
yakin dengan hakikat sifat sahabat yang pertama ini.
Wallahu
'alam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar